UpahJahitPukal.com: Pusat Bisnes Tudung Dan Busana Muslimah No.1 di Internet.
Bukan Itu Saja, Malah Butik - Butik Tudung dan Busana Muslimah Yang Berjenama dan Terkenal Juga Telah Mengambil Kami Sebagai Penasihat Fesyen dan Tukang Jahit Professional Mereka Secara Tetap."
Adakah Anda:
- Bercita - Cita untuk Menjadi Usahawan Tudung atau Busana Muslimah?
- Ingin Meningkatkan Taraf Hidup Anda Melalui Bisnes Tudung dan Busana Muslimah?
- Ingin Memulakan Bisnes Tudung Online Atau Offline, Tetapi Tidak Tahu Bagaimana?
- Mencari Pusat Jahit Pukal Tudung dan Busana Muslimah, Tetapi Belum Berjumpa?
- Hendak Tahu Perkembangan Fesyen Tudung dan Busana Muslimah Bagi Tahun 2012?

Daripada Meja: Anni Humaira, pemilik Nur'anni Collection
Assalammualaikum WM dan Salam Sejahtera,
Anda mungkin pernah mendengar satu cerita seperti berikut:
Pasangan Suami Isteri, Siti dan Ahmad berniat untuk memulakan perniagaan menjual tudung dan busana Muslimah. Hasil daripada penyelidikan yang di jalankan, mereka mendapati pasaran tudung dan pakaian Muslimah di Malaysia memang amat besar dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Mereka sudah lama kerja makan gaji, tapi selepas 10 tahun, hutang masih banyak tertunggak. Itu belum lagi mengambil kira kos hidup yang meningkat lebih laju daripada meningkatnya pendapatan.
Jadi bisnes menjual tudung dan busana Muslimah ini memang satu pilihan yang terbaik. Tanpa berlengah lagi, pasangan suami isteri ini pun memulakan langkah bisnes termasuk membeli kain dan menghantar tempahan ke tempat tukang jahit. Beratus - ratus ringgit sudah pun dibelanjakan diperingkat ini. Seperti yang di harapkan, bisnes menjual tudung dan busana Muslimah mereka menjadi dan mendatangkan hasil dalam masa yang singkat. Masa depan yang cerah dengan hidup tanpa hutang sudah mula terbayang - bayang di fikiran mereka berdua.
Tetapi, bisnes menjual tudung dan pakaian Muslimah amat bergantung kepada kesediaan stock, terutama menjelang satu trend fesyen tudung ataupun fesyen busana Muslimah yang tiba - tiba hot dan juga menjelangnya sesuatu perayaan atau musim. Stock yang tersedia juga mesti memenuhi permintaan pasaran daripada segi harga dan juga trend. Siti dan Ahmad mula mendapati yang mereka gagal merebut peluang jualan yang meningkat dengan secara tiba - tiba. Mereka hanya mampu melihat saingan bisnes mereka rancak dalam jualan dan membuat banyak duit, sedangkan bisnes mereka terasa semakin malap.
Mengapa terjadi begini?
Sebenarnya, melalui analisa yang mudah, kita dapat merumuskan permasalahan bisnes pasangan Siti dan Ahmad ini kepada dua perkara:
(1) Kain
(2) Tukang Jahit
Penjual kain bagi membuat tudung dan pakaian Muslimah sebenarnya semakin berkurangan. Kedai kain yang dulunya bercambah di Jalan Kenanga, Wisma Safuan dan Nilai 3 kini sudah tiada. Mereka kini diganti oleh kedai - kedai menjual koleksi tudung dan pakaian muslimah siap. Yang ada menjual kain hanyalah kedai - kedai yang menjual kain secara retail.
- Cuba bayangkan anda membeli kain RM38.00 semeter untuk membuat tudung dan pakaian Muslimah. Berapakah agaknya harga jualan setelah di ambil kira kos upah jahit, sewa, pekerja, kos perjalanan dan masa?
- Dengan harga jualan anda yang tinggi, bolehkah anda bersaing dengan perjual tudung dan busana Muslimah yang lain, terutamanya yang sudah well-established?
- Adakah ini satu jalan bisnes yang bijak?
Seterusnya berkenaan Tukang Jahit Tudung dan Tukang Jahit Pakaian Muslimah. Adakah anda setuju dengan penelitian saya seperti berikut:
- Kebanyakan tukang jahit pukal yang mengambil upah membuat tudung dan busana Muslimah bekerja daripada rumah. Sebahagian persoalan yang timbul daripada ini adalah: Adakah anda selesa berurusan dengan tukang jahit borong yang 'kerja dari rumah'? Adakah anda setuju yang tukang jahit yang 'bekerja dari rumah' lebih terpengaruh dengan 'masalah dalam rumah' yang mungkin mendatangkan kesan kepada bisnes anda?
- Akibat daripada kekurangan mesin dan pekerja, kapasiti pengeluaran tukang jahit sehari amat rendah dan tidak boleh handle 'big order'. Apakah anda boleh merebut peluang jualan tudung dan pakaian Muslimah yang berkemungkinan meningkat secara mendadak bila di perlukan?
- Kualiti Jahitan tidak memuaskan ataupun tidak konsisten kerana tukang jahit menggunakan mesin tidak berkualiti, pekerja tukang jahit yang kerap bertukar dan ketiadaan aspek Quality Control pada bisnes tukang jahit.
Nur'anni Collection di tubuhkan khusus untuk menyediakan penyelesaian bagi masalah - masalah bisnes tudung dan busana Muslimah yang di ilustrasikan di atas.
- Tiada masalah lagi untuk mencari kain di merata tempat
- Tiada masalah berurusan dengan tukang jahit yang 'berkerja dari rumah'
- Tiada masalah jahitan tidak kemas
- Tiada masalah dalam kualiti tudung dan pakaian Muslimah yang di hasilkan
- Tiada masalah untuk handle order yang besar dalam masa yang singkat
- Tiada masalah dalam mencari idea fesyen terbaru kerana Nur'anni collection pasti akan membantu anda!
Apa yang Nur'anni Collection tawarkan kepada Anda:
(1) 'One Stop Centre' pembuatan tudung. Kami merupakan pembekal tudung dan pemborong tudung yang anda perlukan.
(2) 'One Stop Centre' pembuatan pakaian Muslimah. Kami merupakan pembekal busana Muslimah dan pemborong busana Muslimah yang anda perlukan.
(3) Pemilihan kain melalui collection kain yang pelbagai daripada material Lycra, Cotton, Chiffon, Denim dan lain - lain.
(4) Nasihat Fesyen Tudung Terkini. Apakah trend tudung sekarang? Tudung Collection, Tudung Inner, Material Matching, Colour Matching, Aksesori dan sebagainya?
(5) Nasihat Fesyen Pakaian Muslimah Terkini. Apakah trend Pakaian Muslimah sekarang? Material Matching, Colour Matching, Aksesori dan sebagainya?
(6) Keupayaan untuk 'customize' tudung dan pakaian Muslimah dengan pelbagai benang, beads dan banyak lagi.
(7) Boleh terus upah jahit melalui Nur'anni Collection yang mengambil tempahan jahitan secara borong. Upah adalah per kodi. (1 kodi bersamaan = 20 helai)
Sila klik mana - mana image di bawah untuk mendapatkan informasi lebih lanjut:
UPAH JAHIT TUDUNG SECARA PUKAL:
Berikut adalah harga upah Tudung Nur'anni Collection bagi 2012:
(PRICE QUOTATION UNTUK ORDER 10 KODI DAN KE ATAS):
- MINIMUM ORDER 10 KODI -
Note: Minimum 1 kodi untuk 1 Colour
(Tidak Termasuk Harga Kain)
| DESIGN | HARGA (RM) SEKODI |
|---|---|
| TUDUNG EXPRESS BUTIK (Jahitan lebih teliti) - Saiz S, M, L | 100-120 |
| TUDUNG EXPRESS (Awning) - Saiz S, M, L | 70-90 |
| TUDUNG EXPRESS / KERINTING - Saiz S, M, L | 80-110 |
| SYRIA - Saiz S, M, L (Double Stitch) | 65-85 |
| SYRIA - Saiz S, M, L (Kerinting) | 75-95 |
| SYRIA CHIFFON - Saiz S, M, L | 90-120 |
| SYRIA CHIFFON DOUBLE LAYER - Saiz S, M, Ln | 140-180 |
| INSTANT SYRIA - SAIZ S, M, L | 70-90 |
| INNER SYRIA | 40 |
| INNER NECK KERINTING | 50 |
| INNER NECK DOUBLESTICH | 45 |
| INNER ALA HANA TAJIMA (Zip) | 120 |
| INNER ALA HANA TAJIMA (Tanpa Zip) | 100 |
| SHAWL BIASA | 60 |
| SHAWL KERINTING | 65 |
(PRICE QUOTATION UNTUK ORDER 10 KODI KE BAWAH):
- MINIMUM ORDER 2 KODI -
Note: Minimum 1 kodi untuk 1 Colour
(Tidak Termasuk Harga Kain)
| DESIGN | HARGA (RM) SEKODI |
|---|---|
| TUDUNG EXPRESS BUTIK (Jahitan lebih teliti) - Saiz S, M, L | 120-140 |
| TUDUNG EXPRESS (Awning) - Saiz S, M, L | 90-110 |
| TUDUNG EXPRESS / KERINTING - Saiz S, M, L | 100-130 |
| SYRIA - Saiz S, M, L (Double Stitch) | 80-100 |
| SYRIA - Saiz S, M, L (Kerinting) | 90-110 |
| SYRIA CHIFFON - Saiz S, M, L | 110-130 |
| SYRIA CHIFFON DOUBLE LAYER - Saiz S, M, Ln | 180-200 |
| INSTANT SYRIA - SAIZ S, M, L | 90-110 |
| INNER SYRIA | 55 |
| INNER NECK KERINTING | 65 |
| INNER NECK DOUBLESTICH | 60 |
| INNER ALA HANA TAJIMA (Zip) | 160 |
| INNER ALA HANA TAJIMA (Tanpa Zip) | 120 |
| SHAWL BIASA | 70 |
| SHAWL KERINTING | 95 |
UNTUK HARGA UPAH BUSANA MUSLIMAH SILA HUBUNGI KAMI.
HUBUNGI NUR'ANNI COLLECTION UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!
EMAIL: ourbeautydesire@gmail.com
HP: 012-9816 786 (Anni Humaira) - No. Baru !!
Penting ! - Sila Confirm Waktu & Tarikh untuk appointment sekurang - kurangnya 1 Hari Sebelum berjumpa
HARAP MAKLUM BAHAWA KAMI BELUM MEMPUNYAI STOCK KAIN BAGI MEMBUAT TUDUNG DAN PAKAIAN MUSLIMAH. KAMI SEDANG BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN KOLEKSI KAIN YANG TERBAIK DENGAN HARGA YANG PALING BERPATUTAN DAN MURAH.
UNTUK MASA SEKARANG INI, NUR'ANNI COLLECTION HANYA MENGAMBIL UPAH JAHITAN SECARA BORONG
KOLEKSI FESYEN TUDUNG TERKINI DAN JUGA FESYEN PAKAIAN MUSLIMAH TERBARU:
HARAP MAKLUM BAHAWA KAMI AKAN UPDATE BAHAGIAN INI DENGAN GAMBAR - GAMBAR TUDUNG DAN PAKAIAN MUSLIMAH TERBARU DAN TERKINI. PASTIKAN ANDA TERUS MELAWAT WEBSITE UPAHJAHITPUKAL.COM DARI MASA KE SEMASA.
Alamat:
Spring Ville, Block B, Unit SB-SM 16, Jalan UP1/1C, Ukay Perdana 1, 68100 Selangor
Untuk ke Ukay Perdana anda mesti melalui MRR2. Jika anda daripada Gombak, Batu Caves, anda akan melalui Zoo Negara di sebelah kiri. Ukay Perdana lebih kurang 1km selepas Zoo, di sebelah kiri. Lihat signboard. Bila dah masuk kiri, terus lebih kurang 1km ke dalam (jalan menaik), lihat signboard 'Ukay Perdana 1' dan masuk kiri (selepas Ukay Perdana 4). Immediately terus masuk ke kanan dan anda dah pun nampak apartment baru, Springville.
Jika anda daripada Ampang, anda akan melalui Ampoint Point dan Bukit Antarabangsa di sebelah kanan. Ukay Perdana lebih kurang 4km selepas Ampang Point, di sebelah kanan. Lihat signboard. Di simpang empat, masuk kanan ke Ukay Perdana. Terus lebih kurang 1km ke dalam (jalan menaik), lihat signboard 'Ukay Perdana 1' dan masuk kiri (selepas Ukay Perdana 4). Terus masuk ke kanan dan anda dah pun nampak apartment baru, Springville.
PETA LOKASI - Klik + atau - di bawah untuk Zoom
(Sila Refresh Page jika image peta tidak keluar)
View UpahJahitPukal.com in a larger map
HUBUNGI NUR'ANNI COLLECTION UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!
EMAIL: ourbeautydesire@gmail.com
HP: 012-9816 786 (Anni Humaira) - No. Baru !!
Penting ! - Sila Confirm Waktu & Tarikh untuk appointment sekurang - kurangnya 1 Hari Sebelum berjumpa
PUSAT BISNES TUDUNG DAN PAKAIAN MUSLIMAH








Sila Taipkan Sebarang Pertanyaan atau Komen